6 September 2011, tarikh ini, tarikh keramat.
Interview kali ke-3 selepas habis belajar, jam 5 pm. Dan kali terakhir aku jumpa dia.
Yup, dia temankan aku pergi interview. Malam tue terus dinner dengan kawan dia, dekat 2 ekor tupai.
Kenapa aku tulis cerita pasal ini? ada sebabnya..
Hari tue, aku berkongsi dekat seorang kawan tentang flow kehidupan aku dan planning aku lepas habis belajar.
Yup, lepas abis belajar, aku da start merancang. 1st interview masa aku tengah cuti final exam. Company dekat dengan area rumah aku.
Taklah besar sangat, tapi kukuh jugak la. Dua kali ak datang interview, 2 seisi. Seisi pertama dia dah start psyco aku macam2.. paling tak boleh bla,
dia tanya teori2 elektrik. Memang teruk! Seisi kedua, ak lebih bersedia. Tapi tetap balik dengan hampa. Kata-kata manager sbgi interviewer tu mmg
cukup buat aku down. Dia nasihatkan ak untuk lebih bersedia, lagi2 kalau aku nak kerja dekat company yang besar2. Senang cerita, dia sangat pandang rendah dekat ak.
Kadang2 rasa racist pun ada even memang fakta yang student melayu kurang fasih berbahasa inggeris. Sebenarnya, masalah aku masa 1st interview tu adalah kerana aku tak
kuasai ilmu elektrik. -_-
2nd interview, area PJ, syarikat agensi cari kerja. Actually, aku tak tahu tempat tu agensi. Aku ingatkan consultant. Dah sampai sana, baru tahu agensi cari kerja tolong ak cari kerja. 2nd interview awesome! Sebab takde soalan teori pun. Yelah, yang interviewer pun bukan study elektrik. Time interview, test power camne nak jawab soalan2 common during interview. Tapi, memang tak high expectation pun akan dapat kerja.
Then, aku decide untuk cari kerja part time. Dalam rekod kehidupan aku..aku baru sebulan duduk rumah lepas habis final exam.
Niat aku untuk cari kerja adalah semata-mata nak sara diri sendiri. Dah takdok duet!
Kebetulan, masa tu, seorang member sedang buat part time. Dan pagi tu, masa on9 facebook. Aku tanya dia terus kot2 ade kerja kosong ke tak. Then, serta merta dia kate
boss die nak pakai orang. Pendek cerita, terus kerja dekat situ pada 1 July 2011!
Selama dua bulan aku berkerja, aku ulang-alik naik komuter. Boleh dikatakan, 90% kerap memaki hamun ktm setiap kali train delayed, rosak ditengah landasan atau sistem perudaraan yang teruk! Belum lagi maki hamun sesama penumpang ktm. Standard dialog biasa kedengaran dari luar pintu masuk train. "Yang dalam, masuk lah lagi. Tengah tue ada kosong". Yang dalam (train) pulak bersuara, "mana boleh masuk lagi,dah penuh. Kat atsa kosong!". Haa..masing2 tak beradab.
Aku sokong "yang luar" tue! sebab, yang dalam memang tak nak penuh kan ruang antara kerusi dan kerusi. Yang dalam suka berkumpun dekat depan pintu masuk. Akibatnya...sesak lah.. dah 3 kali aku jumpa orang nyaris2 pengsan dalam train. Satu cerita, mamat cina ni boleh pinjam bahu aku..lentok kat bahu aku sebab die dah tak larat. Nak pengasn. Banyak common cerita dalam train macam bau2an daripada foreigner, yang dah dapat duduk pura2 tidur, lelaki masuk coach wanita, couple bercintan etc.
Dalam train, selama 2 bulan, aku suka memerhati gelagat manusia. Pernah aku perhatikan seorang suami protect isteri dia dalam train. Mungkin dorang nak balik kampung. Bawak beg besar-besar. Masa tu aku terfikir pasal diri aku. Aku pernah ke protect dia selama aku kenal dia.?
Kerja part time tak dapat teruskan selama 3 bulan seperti mana aku plan sebelum2 ni. Faktor utama, aku fikirkan kos bekerja sangat tinggi (kalau bulan puasa, jimat duet..takde lunch). Then, ak fikirkan ak tak pandai buat kerja sendiri. member ak dah nak berhenti. Then, lepas fikir masak2 aku decide utk berhenti kerja even ramai cakap better teruskan sementara takde kerja lagi.
Tapi aku da pasang plan baru! Plan aku, lepas sebulan raya,takde offer mane2 kerja. aku try call boss member aku, kat johor. Walaupun gaji tak setinggi mane pun. Tapi cukuplah untuk sara hidup sendiri. Dalam soal cari kerja, aku ketepikan soal gaji. Aku dengar nasihat supervisor FYP ak. Katanya, "grab a job". Then, nak lompat keluar pun ikut suka lah, fresh graduate memang suka melompat2! Plan ni family ak pn da tahu, so, aku memang serius untuk cari kerja dekat tempat member2 ak kerja tu. Bak kata orang, kita merancang, Allah menentukan.
Sebelum tu, aku ada satu perasaan tentang Allah tak berkatkan usaha aku cari kerja selama ni. Sebab aku fikir, aku ada sakit kan hati orang.
Aku fikirkan, aku tak cukup ikhlas untuk cari kerja. Mungkin jugak aku tak menghargai orang yang pernah tolong aku sepanjang hidup aku. Macam-macam aku fikirkan. Ada satu nama dalam dedication thesis aku, orang yag patut aku hargai sampai bila-bila. Kenapa? Sebab,tanpa kemunculan dia dalam hidup aku. Life aku mungkin terus kecewa dengan perbuatan sweet talker tu. Selama 2 bulan aku praktikal, life aku sangat suck! Balik kerja terus paksa diri tidur. Kalau tak tidur, aku akan stalker fb sweet talker tu. And yang pasti, status2 dia hanya lelaki tertentu yang paham dan yang pasti bukan aku! Mujur tuhan kenalkan aku dengan seseorang pada minggu terakhir aku praktkal. Segalanya bermula dari situ, yang memberi kesan pada diri aku sampai sekarang.
Yup, dia lah orangnya. Even kitorang dah putus disebabkan aku buat keputusan tergesa2 dalam keadaan terdesak, tapi still contact. Tak pernah senyap sepi berhari2. Even dia pergi jauh, dia ada jugak message aku. :')
Kerana aku fikirkan, aku banyak bersalah dekat dia. Aku sentiasa harapkan aku dapat buat dia happy dan layan macam tuan puteri. Aku cuba untuk kikis perangai aku yang cepat touching dan kuat jeles. Dan, aku rasakan, dalam tempoh sebulan beraya tu, hubungan aku dengan dia semakin baik. Dan masa tulah aku semakin harapkan dia jadi teman hidup aku. Kerana aku rasakan dia jodoh aku! Kalau bukan jodoh aku, dia "wanita disebalik kejayaan lelaki". Dalam tempoh sebulan tu, entah macam mana, member aku yang tak pernah-pernah chat dekat facebook, tiba2 tanya khabar aku. Dipendekkan cerita, dari situ, aku dipanggil untuk interview.
Yup, 6 Sept 2011, aku interview dan kali terakhir aku jumpa dia.
Aku start kerja 19 Sept 2011. Dia orang pertama tau pasal ni. Satu2nya yang LIKE video Alhamdulillah-Maher Zain kat page FB ak!
Tapi, aku tak happy macam mana aku happy sebelum dapat kerja. Aku pernah cakap, "Tuhan bagi kegembiraan, tapi dalam masa yang sama, Dia tarik kegembiraan yang lain."
Minggu pertama, kedua, aku masih cuba adapt dengan environment. Just follow the flow. Datang dengan "Zero". Macam budak baru masuk tadika.
Takde kerja dalam minggu pertama. Just duduk depan pc and pura2 busy!
Facebook takleh bukak. Tapi, aku cuba contact dia through email.
Yup, i sent an email. Maybe dia tak bukak email dia. Aku keep message dia. Aku bosan and nak share dengan dia. Teringat "talking to my hand."
Selalu rasa down bila rasa macam tak pandai cakap english. Sebab kurang bercakap, aku jadi kekok. Tapi sekarang, confidence da ada. Aku tak risau dengan english aku.
Apa yang aku risau sekarang ni, aku risau tentang masa depan aku. Orang kata, gunakan PEN untuk tulis segala perancangan dan keinginan kita di atas kertas, dan biarkan PEMADAM diberi kepada Dia untuk memadam apa yang terbaik untuk kita.
YUP, memang betul. Kata-kata yang boleh menaikkan semangat tatkala hati menangis.
Hidup aku sekarang memang rasa bersalah dan mengharapkan dia ada di sisi aku macam sebelum2 ni. Ape2 pun kata orang dan nasihat orang, aku still percaya dengan kata hati aku sekarang ni. Lirik hanyut seolah2 mengejek aku tapi cukup untuk menyedari kesilapan aku.
YUP, dah tak guna kalau orang dah tak nak bukak hatinya semula untuk orang yang sama. Memang aku takut bila fikirkan dia dengan orang lain.
Tapi...aku tak tahu apa perlu aku buat. kali ni benar2 serius bila dah lama dia mendiamkan diri. YUP! baca lirik lagu hanyut..
Its OK. aku kena respect keputusan dia. Aku cuba untuk tak cari dia. Walaupun dah tak mampu keep rindu ni!
Aku tulis ini kerana rindu.